Pasar raya Bataras terbakar 40 peratus

KOTA KINABALU: Sebuah pasar raya di Jalan Ganang, Kepayan, di sini, mengalami kerosakan kira-kira 40 peratus selepas terbakar dalam kejadian malam tadi. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Musran Jabri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 9.43 malam. Katanya, sepasukan tujuh anggota […]

CPO lebih RM400,000 dipindah secara haram, empat ditahan

SANDAKAN: Taktik memindahkan hampir 40 tan minyak sawit mentah (CPO) dipercayai tanpa kebenaran menggunakan lori tangki dan lori kotak terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Jalan Check Point Batu 32, di sini, hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 11.45 pagi itu, empat lelaki berusia […]

Juragan terjun laut, tinggalkan muatan seludup

SEMPORNA: Cubaan menyeludup pelbagai barang kawalan dan keperluan harian menggunakan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran gagal apabila dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan daerah ini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, anggota Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan menerusi Ops Sejahtera, Op Khas Cegah PATI (OCP) Covid-19 Sektor […]

Ayu di mana?

KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Sinsuran, di sini. Wanita berkenaan dikenali sebagai Ayu Majid, 20, berbangsa Bajau. Polis Daerah Kota Kinabalu menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, Ayu mempunyai susuk badan sedikit berisi dengan ketinggian kira-kira 150 […]

Ops Pamer: 94 peratus premis di Sabah patuh pamer Perakuan Bomba

KOTA KINABALU: Sebanyak 94 peratus daripada 33 premis yang diperiksa di seluruh Sabah didapati mematuhi keperluan mempamerkan Perakuan Bomba menerusi Ops Pamer 2026 yang dijalankan serentak pada 10 Jun lalu. Bagaimanapun, dua premis atau enam peratus daripada jumlah yang diperiksa didapati gagal mematuhi syarat berkenaan dan dikenakan kompaun oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) […]

Ops Tiris 4.0: Tiga individu disabit kesalahan seleweng diesel bersubsidi

KOTA KINABALU: Tiga individu mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan terbabit dalam urusan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah, iaitu diesel, ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis. Bagi kes pertama, tertuduh, Dickson Yii Hung Tie, 30, didenda RM30,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim […]

PM ke Sipitang dan KK esok

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi melakukan lawatan kerja sehari ke Sabah esok (Sabtu) selepas lawatan kerja sempena sambutan Kaamatan pada 31 Mei lalu. Kali ini, jadual beliau agak padat dengan empat program dijadual dihadirinya bermula di Sipitang pada pagi, disusuli tiga program di ibu negeri pada petang dan malam. Perdana […]

Lelaki maut dipercayai jatuh dari tingkat 26 kondominium

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium di Jalan Bundusan, di sini selepas dipercayai terjatuh dari unit kediaman di tingkat 26 bangunan berkenaan, petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa warga tempatan berusia 34 tahun ditemukan terbaring di atas jalan dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton […]

86 PATI dicekup dalam operasi sekitar KK

KOTA KINABALU: Seramai 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, semalam. Operasi yang dilaksanakan hasil maklumat dan aduan awam itu menyasarkan kawasan yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing tanpa dokumen sah. JIM Sabah dalam kenyataan berkata, operasi berkenaan […]

Warga emas ditahan, pelbagai hasil hidupan liar dilindungi dirampas

TAWAU: Tembelang seorang warga emas yang dipercayai menyimpan pelbagai hasil hidupan liar dilindungi terbongkar selepas serbuan pihak berkuasa menemukan daging rusa, kijang, landak serta seekor tenggiling di sebuah rumah di Kampung Kalumpang, Jalan Tawau – Semporna, hari ini. Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Unit Perisikan Siasatan Khas (WCB) bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dan […]