PGA Lahad Datu rampas lebih RM1 juta sepanjang Mei

LAHAD DATU: Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu merekodkan rampasan bernilai lebih RM1 juta menerusi 17 serbuan dan 27 laporan polis membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang Mei lalu. Batalion 17 PGA Lahad Datu dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 26 individu ditahan sepanjang operasi dijalankan, membabitkan 24 lelaki dan dua wanita. Daripada jumlah itu, […]

Video tular pergaduhan di KDCA berpunca salah faham

PENAMPANG: Polis sedang mengesan semua individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan yang tular di media sosial dipercayai berlaku di kawasan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), sepanjang sambutan Pesta Kaamatan baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu. […]

Bandar Baharu Milinium bawa perubahan besar di Tongod

TONGOD: Tongod yang dikategorikan antara 10 daerah termiskin di Malaysia bakal melalui perubahan besar berikutan pembangunan Bandar Baharu Milinium, di sini, yang dijangka dimulakan tidak lama lagi. ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata satu kawasan seluas 1,000 ekar akan dimajukan untuk projek berimpak tinggi itu menerusi kerjasama sektor swasta dan kerajaan negeri. Katanya, cadangan projek […]

Empat hari hilang dalam gua, pencari sarang burung ditemui selamat

LAHAD DATU: Misteri kehilangan seorang pencari sarang burung walit yang gagal dikesan selama empat hari di kawasan Gua Tepadung, Segama, di sini, akhirnya terjawab apabila lelaki itu ditemui selamat di sebuah ladang, hari ini. Mangsa berusia 61 tahun itu ditemui oleh pekerja Ladang Boonrich ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keempat, sekali gus […]

Lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sendiri ke bahu jalan dalam kejadian di hadapan Kompleks Sukan Lahad Datu, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa Ahmad Saufi Rajendra, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]

Penunggang motosikal maut rempuh pikap parkir di jambatan

BEAUFORT: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh sebuah pikap yang diparkir di kaki lima Jambatan Sungai Mantabawan, Jalan Kuala Penyu-Bandau, malam Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 25 tahun dari Kampung Kerukan, Kuala Penyu, mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang rusuk sebelum disahkan meninggal […]

‘Tanam 200 polibeg padi varieti baharu tanah kering boleh hasil 50 kg beras berkualiti’

KOTA KINABALU: Menanam padi kini boleh dibuat di keliling rumah menggunakan pasu atau polibeg dengan varieti baharu padi tanah kering TDR1 yang disasar mampu mengeluarkan hasil 350 gram sepokok. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata varieti yang dilancarkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada sambutan Kaamatan di KDCA Penampang, […]

Ford Ranger terbakar 80 peratus di Dumpil

PUTATAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbakar kira-kira 80 peratus dalam kejadian di Dumpil Point, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pemilik kenderaan juga tidak berada di lokasi ketika kebakaran berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba Musran […]

Dua rumah, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran

TAMPARULI: Kebakaran yang berlaku di belakang Gereja St Philip, di sini, tengah malam tadi, memusnahkan dua rumah dan tiga kenderaan selain menyebabkan sebuah lagi rumah serta sebuah kenderaan mengalami kerosakan. Dalam kejadian itu, dua rumah jenis separuh kekal terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi rumah mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus. Sebuah Isuzu D Max turut […]

RM1.5 bilion hanya permulaan, belum selesaikan hak 40 peratus Sabah – Jeffrey

KOTA KINABALU: Bayaran interim RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi tuntutan Hak 40 Peratus Hasil Bersih Sabah disifatkan sebagai satu permulaan, namun masih jauh daripada jumlah sebenar yang sepatutnya diterima negeri itu. Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, berkata berdasarkan sumbangan hasil sebenar […]