Sabah FA berdepan kelab dari Guam, India dan Bangladesh dalam aksi AFC

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak wanita Sabah FA bakal berdepan tiga pasukan terbaik Asia dalam aksi preliminary Juara-Juara Liga Wanita AFC (AWCL) 2026/2027 yang dijadual berlangsung di Stadium Likas, di sini, bermula Isnin (17 Ogos). Wakil Malaysia itu bakal berdepan Rovers FC dari Guam dalam aksi pertama mereka esok, disusuli Rajshahi Stars FC dari Bangladesh […]
Lelaki maut dalam kemalangan membabitkan bas

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas ketika dipercayai keluar dari jalan susur untuk membuat pusingan U di Jalan Tuaran berhampiran sebuah stesen minyak di Likas, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa warga Indonesia berusia 46 tahun mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika […]
Rusdin kekal komited khidmat kepada rakyat, kestabilan kerajaan negeri – Armizan

KOTA KINABALU: Satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Rusdin Riman kekal menyokong kestabilan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Memaklumkan perkara itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sokongan itu dinyatakan sendiri ADUN Paginatan itu ketika dihubunginya pada Sabtu. Katanya, beliau menghubungi Rusdin selepas pemangku Presiden […]
KDM tamatkan kerjasama dengan GRS

PAPAR: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik diri daripada kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pemangku Presidennya, Pricella Peter, berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara Majlis Tertinggi KDM bagi membolehkan parti berkenaan bergerak mengikut kehendaknya di luar GRS. Beliau mengakui keputusan itu sesuatu yang berat, tapi […]
Gaduh rakan sekerja, wanita ditahan

TAWAU: Perselisihan faham antara dua rakan sekerja di Hospital Tawau bertukar kecoh apabila seorang wanita didakwa menolak dan menendang rakannya sebelum melakukan ugutan jenayah. Susulan kejadian itu, wanita berusia lingkungan 30-an berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan, manakala mangsa yang berusia lingkungan 20-an mengalami kesakitan pada bahagian badan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi […]
Juruelektrik maut terkena renjatan elektrik

TAWAU: Seorang juruelektrik maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pendawaian di Taman Kinabutan Ria, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan tertiarap di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jemishin […]
Dua anak jati Sabah dilantik Ketua Polis Daerah

KOTA KINABALU: Dua anak jati Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila masing-masing dinaikkan pangkat Superintendan dan diberi kepercayaan menerajui dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini. Mereka ialah Khairul Shah Peri yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Belud, manakala Janeve Sindih pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Kinabatangan. Khairul Shah yang sebelum […]
Pondok hutan bakau jadi stor rokok seludup

SANDAKAN: Dua pondok di kawasan hutan bakau dipercayai dijadikan stor sementara menyimpan rokok tidak bercukai terbongkar dalam operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di Kampung Batu 2, di sini. Dalam dua operasi berasingan semalam dan awal pagi hari ini, PPM turut merampas minyak masak bersubsidi serta sebuah kenderaan dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai […]
Dalang sindiket ‘bomoh’ didakwa di mahkamah

KOTA KINABALU: Dua wanita, termasuk seorang warga China yang dikaitkan dengan sindiket ‘bomoh’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan menipu tiga wanita lain menerusi khidmat rawatan tradisional. Tertuduh, Hee Nyin Fung, 48 bersama seorang warga China, Li Li, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas masing-masing dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka […]
132 PATI dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi program pemindahan tahanan dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah. Daripada jumlah itu, 115 adalah warga Filipina yang ditempatkan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau sebelum dihantar melalui Pelabuhan Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, […]