Imigresen Sabah tahan 164 PATI dalam tiga hari

KOTA KINABALU: Seramai 164 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 30 kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi 10 operasi penguatkuasaan di seluruh daerah dalam tempoh tiga hari. Operasi bermula 11 hingga 13 Ogos itu dilaksanakan di beberapa lokasi strategik dengan seramai 575 individu diperiksa bagi membanteras kehadiran PATI serta penyalahgunaan kemudahan imigresen. JIM […]

PGA gempur gelanggang sabung ayam, rampasan RM9.6 juta

KOTA KINABALU: Kegiatan laga ayam dan perjudian haram di lapan daerah di Sabah digempur Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Kandang Bersepadu yang menyaksikan rampasan serta sitaan keseluruhan bernilai lebih RM9.6 juta. Operasi selama 10 jam bermula 8 pagi hingga 6 petang, semalam membabitkan 14 serbuan di Penampang, Tawau, Keningau, Semporna, Sandakan, Beluran, Lahad Datu […]

MAFFI tubuh pasukan petugas khas, sedia garis panduan hadapi El-Nino

TENOM: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) negeri menubuhkan pasukan petugas khas bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka membawa musim panas berpanjangan bermula September hingga Februari depan. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kementerian turut menyediakan garis panduan kepada petani, penternak, nelayan dan pengusaha tanaman supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh berkenaan. “Kita telah […]

12 ditahan, sindiket tipu bomoh tumpas, kerugian cecah RM600,000

KOTA KINABALU: Helah menawarkan khidmat membuang sial dan menilik nasib digunakan sindiket ‘bomoh Cina’ untuk memperdaya mangsa sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan kira-kira RM600,000. Kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini akhirnya terbongkar selepas polis menahan 12 individu termasuk warga China menerusi beberapa serbuan di Kota Kinabalu, Penampang, Keningau dan Kota Belud, Sabtu dan […]

JBPM Sabah terima 15 kenderaan operasi ringan

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 15 unit Light Operation Vehicle (LOV) pacuan empat roda bagi memperkukuh keupayaan operasi kecemasan di seluruh negeri. Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Lizalman Abu berkata, semua kenderaan berkenaan akan diagihkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh Sabah berdasarkan keperluan operasi. “Kenderaan […]

Tambang penerbangan mahal, pihak berkuasa digesa kaji semula mekanisme penentuan harga

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan menggesa pihak berkuasa yang berkaitan mengambil serius keperluan untuk mengkaji semula mekanisme tambang penerbangan yang ketika ini dilihat membebankan pengguna, khususnya dari Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Loi Kok Liang, berkata langkah itu perlu berikutan kadar tambang semasa, khususnya bagi penerbangan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur dilihat semakin tinggi dan […]

PPM bongkar stor petrol, diesel bersubsidi

KOTA MARUDU: Kegiatan mengumpul petrol dan diesel bersubsidi terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu sebuah premis di Kampung Tangkol, Jalan Marak Parak, di sini, petang semalam. Serbuan kira-kira jam 4 petang di itu dilakukan susulan maklumat dan risikan daripada kes tangkapan serta rampasan bahan api bersubsidi di Pitas sebelum ini. Komander PPM Wilayah 4 […]

Dua lelaki melecur, lori dan forklift terbakar

LAHAD DATU: Dua lelaki melecur selepas sebuah lori 30 tan dan jentera berat terbakar di kawasan kilang pemprosesan culvert di Jalan Kampung Kokos, Batu 5 Segama, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 20 tahun dilaporkan melecur 50 peratus, manakala seorang lagi lelaki berusia 40 tahun turut mengalami kecederaan melecur. Ketua Balai Bomba […]

Sindiket import ayam sejuk beku: SPRM reman 7 individu termasuk 4 penjawat awam

KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk empat penjawat awam direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket mengimport ayam sejuk beku secara tidak sah menerusi sebuah pelabuhan di Sabah. Semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah bagi melepaskan ayam sejuk beku yang diimport tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Ogos ini dikeluarkan […]

MAFFI sokong tindakan SPRM terhadap import ayam sejuk beku tidak sah

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berhubung kegiatan import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, tindakan itu selari dengan arahannya […]