Oleh πΌπ‘πππ¨ πΌπππͺπ‘π‘ππ
SETELAH seminggu berkempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Arfanshah Abdul Gafar semakin dekat di hati pengundi kawasan itu.
Kehadirannya sepanjang siri kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 diterima baik pengundi yang akan membuat pilihan pada 29 November ini.
Lebih mesra disapa dengan panggilan Joe, calon muda berumur 38 tahun itu semakin rapat dengan pengundi, bukan saja yang sebaya dengannya, malah dalam kalangan orang lama.
Kehadiran Joe dari rumah ke rumah, lorong ke lorong dan kampung ke kampung menjadikan namanya semakin meniti di bibir pengundi Darau, menunjukkan beliau diterima baik sebagai bakal wakil rakyat mereka nanti.
Rakyat Darau melihat sendiri kesungguhannya turun ke kawasan sejak sebelum penamaan calon lagi, mencerminkan komitmennya yang bukan bermusim, sebaliknya kekal untuk janga panjang.
Bagi penduduk lama di Kampung Kalansanan, Inanam, contohnya, kemunculan Joe dianggap sebagai βkepulangan anak kampungβ yang memahami denyut nadi masyarakat setempat.
Cerita mengenai beliau membesar di kampung itu sejak kecil menambah nilai kepercayaan dan ikatan emosi antara calon dan penduduk yang mahukan seorang pemimpin muda tempatan memiliki sikap tidak lupa diri terhadap asal usulnya.
Tidak sedikit warga Darau memuji sikap Joe yang tidak kekok duduk bersila bersama orang tua, menyapa anak muda dan menegur penduduk dengan panggilan yang disukainya, membuatkan suasana kempen lebih mesra dan tidak kaku.
Ramai berpendapat gaya santai Joe membezakan beliau dengan calon lain, satu kelebihan bagi dirinya dalam menghadapai cabaran bersaing dengan calon lain yang lebih senior.
Beberapa pengundi turut menyifatkan Joe sebagai calon βturun kerja, bukan turun tunjuk mukaβ, apabila banyak isu setempat termasuk jalan rosak, kemudahan kampung dan bantuan baik pulih berjaya diselesaikan melalui pemudahcara BN sebelum ini.
Langkah itu dilihat menambah kefahaman masyarakat bahawa Joe bukan sekadar berjanji, tetapi bergerak membawa hasil di lapangan yang sememangnya dimahukan rakyat Darau.
Dengan baki seminggu lagi hari mengundi PRU Sabah Ke-17 pada 29 November ini, Joe bersama jentera BN Darau pasti sudah menyusun strategi akhir meningkatkan kempen bagi meraih sokongan pengundi.
Tiada alasan mengapa anak muda itu tidak layak mendapat sokongan majoriti pengundi Darau memandangkan beliau sudah mempersembahkan kelayakan dirinya sepanjang kempen PRU Sabah Ke-17.
Rakyat Darau wajar memberi peluang kepada anak muda berwawasan itu untuk membuktikan kebolehannya sebagai seorang pemimpin yang berketrampilan dan mampu membawa perubahan di kawasan berkenaan.
Sesungguhnya anak muda layak mendapat tempat bukan saja untuk mewakili kawasan, malah memimpin negeri sejajar semangat dan tenaga muda dimiliki mereka yang diperlukan untuk terus melonjakkan Sabah ke tahap yang benar-benar maju dan membangun.
πΌπ§π©ππ ππ‘ ππ£π ππππ‘ππ π₯ππ£πππ£πππ£ π₯ππ£πͺπ‘ππ¨ π¨ππ’ππ©π-π’ππ©π πππ£ π©ππππ π’ππ¬ππ ππ‘π π₯ππ£πππ§πππ£ π§ππ¨π’π ππ£ππ€ π