Acah lari, dua pengedar syabu di Telipok Ria dicekup JSJN

TUARAN: Cubaan seorang lelaki melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis tidak berhasil apabila dia bersama rakannya dicekup dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Taman Telipok Ria, di sini, malam tadi. Dalam operasi jam 6.50 petang itu, pasukan JSJN IPK Sabah berjaya merampas 65.04 gram syabu bernilai RM3,252. Ketua […]

100,000 alumni UMS berjaya dalam pelbagai bidang profesional

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sehingga kini melahirkan lebih 100,000 alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional, selain menjadi tenaga pakar berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, malah berkata ramai graduan UMS kembali berkhidmat sebagai tenaga pengajar di UMS sendiri selain menyumbang kepakaran di universiti lain […]

Lori tangki bawa diesel subsidi kantoi di tepi jalan

TAWAU: Tindakan licik menyimpan 2,000 liter minyak diesel subsidi dalam sebuah lori tangki di tepi Jalan Kampung Aman, Tanjung Batu, di sini, terbongkar selepas dikesan pihak berkuasa, hari ini. Rampasan itu hasil tindakan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau sebelum kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau untuk siasatan […]

Ops Tiris 4.0: 3,300 liter diesel dirampas, aset RM3.5 juta disita

TAWAU: Cubaan menyeludup 3,300 liter minyak diesel dipercayai ke negara jiran berjaya dipatahkan dalam operasi bersepadu Ops Tiris 4.0 di Kampung Merotai, Jalan Pitas, di sini, hari ini. Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau hasil risikan dan pemantauan berterusan di […]

37 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu

KOTA KINABALU: Seramai 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Belanja dan Ops Selera yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah bersama JIM Tawau di sekitar Kota Kinabalu dan Tawau. Operasi berkenaan dijalankan sebagai sebahagian usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) […]

Samseng kedai runcit akhirnya diberkas

RANAU: Lelaki yang dipercayai mengugut dan memukul seorang pemuda sehingga rakaman kejadian itu tular di media sosial dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Matupang, di sini, akhirnya diberkas polis, hari ini. Suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ranau di sebuah rumah tidak […]

APMM tahan lebih 4,000 migran sepanjang tahun ini

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan penahanan 4,107 migran dan 316 penyeludup di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) sepanjang tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, sindiket penyeludupan migran dikesan masih aktif menggunakan perairan negara susulan kedudukan strategik Malaysia di rantau ini. […]

Pekerja ladang maut motosikal masuk laluan bertentangan

RANAU: Seorang pekerja ladang sawit warga Filipina maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Viva di KM23 Jalan Ranau – Telupid, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa Mulfie Dela Calsada Gani, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Ranau, […]

Intai wanita mandi, lelaki dicekup polis

TAWAU: Tindakan seorang lelaki dipercayai menghendap seorang wanita yang sedang mandi di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gudang 4, di sini, membawa padah apabila dia diberkas polis, semalam. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menyedari kelibat seorang lelaki tidak dikenali yang sedang mengintainya ketika berada di dalam bilik mandi rumah berkenaan sebelum membuat laporan […]