Lebih 20 penduduk kampung tumpaskan buaya 300kg

KOTA KINABALU: Lebih 20 penduduk kampung bergabung tenaga menangkap seekor buaya seberat kira-kira 300 kilogram (kg) yang dipercayai sering muncul di kawasan pantai berhampiran Universiti Malaysia Sabah (UMS), pagi ini. Reptilia sepanjang hampir 3.7 meter itu ditangkap berhampiran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas dikesan berada kira-kira 100 meter dari pesisir pantai. Penduduk kampung […]

12 kedai terbakar, wanita cedera cuba selamat barang

TAWAU: Sebanyak 10 daripada 12 pintu kedai runcit musnah dalam kebakaran membabitkan sederetan premis tidak kekal di Kampung Tintingan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 2.12 pagi itu, seorang wanita berusia 40-an dilaporkan melecur di bahagian pergelangan tangan kiri selepas dipercayai cuba menyelamatkan barangan ketika kebakaran berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

Polis tahan lelaki disyaki tampar, pijak anak saudara

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menampar dan memijak anak saudaranya berusia tiga tahun hingga mengalami kecederaan dalam kejadian di kawasan perkampungan Batu 5, Jalan Apas, di sini, semalam. Suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Strike Team Balai Polis Tawau bersama anggota Pondok Polis Kawasan (PPK) Kinabutan di sebuah […]

Warga emas ditemui maut dalam kebakaran rumah

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Fook Hin, Batu 12, di sini, malam ini. Mangsa dikenali sebagai Nicole, 84, ditemukan di ruang tamu rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang musnah sepenuhnya dalam kejadian berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penguasa Kanan […]

PPM Sabah tumpas kegiatan pindah diesel bersubsidi

SANDAKAN: Kegiatan memindahkan minyak diesel bersubsidi secara haram terbongkar selepas dua lelaki diberkas dalam operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Team Task Force Balai Polis Siguntur di Jalan Weng Sing, Sungai Manila, di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 1.20 petang itu, seorang lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia ditahan ketika dipercayai […]

Dua cedera diserang guna sabit, kapak ketika beli minuman

KOTA KINABALU: Niat sekumpulan lelaki membeli minuman di kawasan jambatan berhampiran Blok C, Kampung Sembulan Lama, di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka cedera diserang menggunakan senjata tajam, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan dikatakan berada di lokasi berkenaan sebelum berlaku salah faham dengan seorang lelaki tempatan […]

Penganggur diberkas curi kabel di Ranau

RANAU: Kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di sebuah pencawang di daerah ini terbongkar selepas seorang lelaki berjaya diberkas polis dalam serbuan di sebuah premis biliard di pekan Ranau, semalam. Suspek lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ranau yang diketuai Inspektor Askandal […]

Lori terbakar di parkir, polis siasat unsur khianat

LABUAN: Polis Labuan sedang menyiasat kejadian kebakaran sebuah lori di kawasan parkir lori Labuan Fisheries, Jalan Ujong Pasir, di sini, tengah malam tadi, yang dipercayai mempunyai unsur khianat. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sebuah lori jenis Isuzu milik syarikat tempatan dilaporkan terbakar di bahagian hadapan ketika diletakkan di kawasan parkir terbuka berkenaan. […]

Peluk, tarik tangan pelajar perempuan, buruh kasar dipenjara 12 bulan

PAPAR: Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 12 bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan melakukan kekerasan jenayah membabitkan lima pelajar perempuan di sekitar Kinarut, awal bulan ini. Tertuduh, Najir Kuati, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Papar, di sini, hari ini. […]

Penstrukturan semula Gagasan Rakyat ambil kira peralihan kepimpinan baharu – Masidi

KOTA KINABALU: Penstrukturan semula Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menerusi pindaan perlembagaan parti itu dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan kelangsungan dan pembaharuan kepimpinan masa depannya. Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata pindaan perlembagaan yang dicadangkan bukan saja memperkukuhkan struktur organisasi parti, malah membuka ruang lebih luas kepada generasi baharu untuk […]