Gaduh rakan sekerja, wanita ditahan

TAWAU: Perselisihan faham antara dua rakan sekerja di Hospital Tawau bertukar kecoh apabila seorang wanita didakwa menolak dan menendang rakannya sebelum melakukan ugutan jenayah. Susulan kejadian itu, wanita berusia lingkungan 30-an berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan, manakala mangsa yang berusia lingkungan 20-an mengalami kesakitan pada bahagian badan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi […]

Juruelektrik maut terkena renjatan elektrik

TAWAU: Seorang juruelektrik maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pendawaian di Taman Kinabutan Ria, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 60-an ditemukan tertiarap di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jemishin […]

Dua anak jati Sabah dilantik Ketua Polis Daerah

KOTA KINABALU: Dua anak jati Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila masing-masing dinaikkan pangkat Superintendan dan diberi kepercayaan menerajui dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini. Mereka ialah Khairul Shah Peri yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Belud, manakala Janeve Sindih pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Kinabatangan. Khairul Shah yang sebelum […]

Pondok hutan bakau jadi stor rokok seludup

SANDAKAN: Dua pondok di kawasan hutan bakau dipercayai dijadikan stor sementara menyimpan rokok tidak bercukai terbongkar dalam operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di Kampung Batu 2, di sini. Dalam dua operasi berasingan semalam dan awal pagi hari ini, PPM turut merampas minyak masak bersubsidi serta sebuah kenderaan dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai […]

Dalang sindiket ‘bomoh’ didakwa di mahkamah

KOTA KINABALU: Dua wanita, termasuk seorang warga China yang dikaitkan dengan sindiket ‘bomoh’ dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan menipu tiga wanita lain menerusi khidmat rawatan tradisional. Tertuduh, Hee Nyin Fung, 48 bersama seorang warga China, Li Li, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas masing-masing dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka […]

132 PATI dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi program pemindahan tahanan dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah. Daripada jumlah itu, 115 adalah warga Filipina yang ditempatkan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau sebelum dihantar melalui Pelabuhan Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, […]

Imigresen Sabah tahan 164 PATI dalam tiga hari

KOTA KINABALU: Seramai 164 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 30 kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi 10 operasi penguatkuasaan di seluruh daerah dalam tempoh tiga hari. Operasi bermula 11 hingga 13 Ogos itu dilaksanakan di beberapa lokasi strategik dengan seramai 575 individu diperiksa bagi membanteras kehadiran PATI serta penyalahgunaan kemudahan imigresen. JIM […]

PGA gempur gelanggang sabung ayam, rampasan RM9.6 juta

KOTA KINABALU: Kegiatan laga ayam dan perjudian haram di lapan daerah di Sabah digempur Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Kandang Bersepadu yang menyaksikan rampasan serta sitaan keseluruhan bernilai lebih RM9.6 juta. Operasi selama 10 jam bermula 8 pagi hingga 6 petang, semalam membabitkan 14 serbuan di Penampang, Tawau, Keningau, Semporna, Sandakan, Beluran, Lahad Datu […]

MAFFI tubuh pasukan petugas khas, sedia garis panduan hadapi El-Nino

TENOM: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) negeri menubuhkan pasukan petugas khas bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka membawa musim panas berpanjangan bermula September hingga Februari depan. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kementerian turut menyediakan garis panduan kepada petani, penternak, nelayan dan pengusaha tanaman supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh berkenaan. “Kita telah […]

12 ditahan, sindiket tipu bomoh tumpas, kerugian cecah RM600,000

KOTA KINABALU: Helah menawarkan khidmat membuang sial dan menilik nasib digunakan sindiket ‘bomoh Cina’ untuk memperdaya mangsa sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan kira-kira RM600,000. Kegiatan sindiket yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini akhirnya terbongkar selepas polis menahan 12 individu termasuk warga China menerusi beberapa serbuan di Kota Kinabalu, Penampang, Keningau dan Kota Belud, Sabtu dan […]