Kementerian, agensi berkaitan diarah selesai segera isu MA63

KOTA KINABALU: Semua kementerian dan agensi berkaitan diarah memberi keutamaan terhadap penyelesaian baki isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai langkah mempercepatkan pelaksanaannya. Arahan itu dikeluarkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, […]

Rosdi galas amanah baharu di Tawau

TAWAU: Bekas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah, Rosdi Mat Jusoh, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tawau yang baharu, sekali gus menerima kenaikan pangkat sebagai Asisten Komisioner Polis (ACP). Pelantikan itu menyaksikan beliau kini mengambil alih kepimpinan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi menerajui pentadbiran serta operasi kepolisan di daerah berkenaan. Rosdi […]

Ekspedisi Tribute to Trans Borneo perkukuh Sabah sebagai destinasi pelancongan pengembaraan

KOTA KINABALU: Ekspedisi 30 Years Tribute to Trans Borneo 2026 dijangka memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi utama pelancongan pengembaraan di rantau ini, sekali gus menyokong usaha promosi sempena Tahun Melawat Sabah 2027. Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, berkata ekspedisi merentasi daratan seperti Trans Borneo menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih autentik kepada pelancong […]

Hormati kepimpinan, hentikan polemik demi kukuhkan BN Sabah – Supol Arthur

KOTA KINABALU: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah perlu menghormati kepimpinan parti dan menghentikan polemik terbuka yang boleh menjejaskan usaha mengukuhkan gabungan itu serta mengembalikan keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Willy Leong, berkata kenyataan Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing, terhadap Pengerusi BN […]

Sabah catat jumlah dagangan lebih RM100 bilion empat tahun berturut-turut

PUTRAJAYA: Prestasi perdagangan Sabah kekal mencatat angka melebihi RM100 bilion dalam tempoh empat tahun berturut-turut, meskipun mencatat penguncupan 2.1 peratus pada tahun lalu. Jabatan Perangkaan (DOSM), dalam kenyataannya pada Isnin, berkata Sabah kekal merekodkan nilai perdagangan lebih RM100 bilion apabila mencatat jumlah dagangan sebanyak RM105.5 bilion pada 2025. Katanya, nilai dagangan Sabah berjumlah lebih RM100 […]

Gabriel pertahan Arthur, gesa pemimpin BN hentikan polemik dalaman

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tampil mempertahankan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, sambil menggesa semua pemimpin dalam gabungan itu menghentikan polemik dalaman yang disifatkan hanya akan melemahkan parti serta menguntungkan pihak lawan. Ketua Bahagian PBRS N42 Melalap, Gabriel George Tulas, berkata tuduhan yang dilemparkan Ketua UMNO Bahagian […]

Warisan nafi kenyataan palsu kononnya tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan sekeras-kerasnya satu kenyataan media yang tular di media sosial kononnya parti itu membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S. Padua, berkata dokumen berkenaan adalah palsu dan disifatkan sebagai satu lagi fitnah yang sengaja direka bagi mengaitkan serta memburukkan imej parti. Beliau berkata, […]

Highland FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Terbuka Sabah 2026

RANAU: Highland FC dari Kundasang muncul juara Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Terbuka Sabah 2026 sempena sambutan Bulan Kebangsaan selepas menewaskan pencabar-pencabar terbaik negeri ini pada kejohanan yang berlangsung di Padang Pekan Kundasang, di sini. Kejohanan dua hari anjuran Kelab Belia Pekan Kundasang (KBPK) yang bermula pada Sabtu itu berjaya menarik penyertaan 31 pasukan dari […]

Gangguan tidak senonoh di gelanggang bola keranjang, polis buru suspek

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian gangguan tidak senonoh terhadap seorang wanita di kawasan Gelanggang Bola Keranjang, Taman Hill Top, Luyang, di sini, yang tular di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku pada 29 Julai lalu dan satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Luyang untuk tindakan lanjut. Pemangku […]

Suami isteri ditahan, lebih 254kg syabu dirampas di Semporna

SEMPORNA: Sepasang suami isteri ditahan selepas polis merampas 254.35 kilogram (kg) syabu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini, pada 13 Julai lalu. Rampasan dilakukan kira-kira jam 4 pagi hasil operasi bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan IPD Kunak selepas risikan dijalankan. […]