Pelancong Jerman meninggal dunia ketika snorkeling

LAHAD DATU: Kegembiraan seorang pelancong warga Jerman menikmati aktiviti snorkeling di perairan Pulau Sakar, di sini, berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia selepas dipercayai pengsan ketika berada di laut, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kenneth Ray Crouse, 78, dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum rakannya bertindak memberikan bantuan pernafasan […]
Dua anak jati Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah 1448

KOTA KINABALU: Dua anak jati dari daerah Papar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1448 H / 2026 Masihi di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, di sini, pada Rabu. Kedua-dua mereka, Datuk Ag Sharin Alimin dan Datuk Masnah Matsalleh, masing-masing dinobatkan Tokoh Maal Hijrah 1448 bagi kategori lelaki dan wanita. Anugerah disampaikan Yang […]
Generasi muda Islam perlu terapkan semangat hijrah – Tun Musa

KOTA KINABALU: Semangat hijrah amat penting untuk diterapkan dalam kalangan generasi muda Islam agar mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah diri. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, berkata generasi muda juga mesti bijak memanfaatkan kemudahan digital untuk tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran, pembangunan kemahiran dan keusahawanan. Tun Musa menekankan, gejala sosial yang […]
Arwah Jasmin dalam pertimbangan naik pangkat SAC

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Allahyarham Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin yang meninggal dunia awal pagi tadi, dilaporkan berada dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner (SAC). Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, Allahyarham antara pegawai kanan polis yang berpotensi besar untuk terus melangkah lebih jauh dalam kerjayanya berdasarkan prestasi cemerlang, […]
Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, 53, meninggal dunia pada jam 2.04 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tawau. Pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebook rasmi IPD Tawau yang turut memaklumkan urusan pengurusan jenazah akan dilaksanakan di Tawau sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Jalan Apas. Jenazah Allahyarham […]
Pemergian KPD Tawau satu kehilangan besar buat PDRM Sabah: Jauteh

KOTA KINABALU: Pemergian Ketua Polis Daerah (KPD) Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Kontinjen Sabah. Allahyarham meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Tawau pada Rabu dan berita pemergiannya mengundang rasa dukacita dalam kalangan warga pasukan keselamatan serta masyarakat setempat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun […]
Empat ditahan disyaki rogol remaja secara bergilir-gilir

LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol empat lelaki termasuk seorang warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Batu 1, Jalan Segama, di sini, bulan lalu. Dalam keiadian kira-kira iam 2 pagi pada 9 Mei lalu, mangsa dikatakan sedang tidur bersendirian di dalam bilik rumah berkenaan sebelum didatangi […]
Penternak babi kecil-kecilan diberi bantuan makanan ternakan – Jamawi

TENOM: Kerajaan negeri akan memperkenalkan bantuan sekali beri (one-off) dalam bentuk bekalan makanan kepada penternak babi berskala kecil di negeri ini bagi membantu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan pengeluaran ternakan. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata bantuan itu akan disalurkan kepada penternak yang memelihara 50 ekor babi dan ke bawah. […]
14 inisiatif pendidikan diteruskan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyatakan komitmen berterusan untuk memperkukuh agenda pendidikan menerusi pelaksanaan pelbagai bantuan dan tajaan bagi memastikan lebih ramai anak negeri ini mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan merangkumi peringkat awal kanak-kanak sehingga ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan itu, […]
Kerjasama negeri, Persekutuan perlu diperkukuh tangani isu pendidikan di Sabah

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam sektor pendidikan perlu terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan dasar serta pembangunan pendidikan di Sabah dapat diselaraskan dengan lebih berkesan. Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib, berkata hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua pihak penting bagi memastikan perkongsian maklumat berjalan lancar, […]