Dua rumah musnah, satu lagi sempat diselamatkan

KOTA KINABALU: Dua rumah jenis separuh kekal di Kampung Bantayan, Inanam, di sini, dilaporkan musnah selepas terbakar, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, sebuah lagi rumah hanya mengalami kerosakan di bahagian garaj selepas api kebakaran berjaya dikawal pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Penguasa Bomba Noor Sherriyana Bohari […]

Kebun Sekolah bakal diperluas tahun depan – Jamawi

TENOM: Selepas Kebun Dapur, program Kebun Sekolah pula bakal diperkenalkan dan diperluaskan mulai tahun depan bagi memupuk kesedaran mengenai keterjaminan makanan dan keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar. Mengumumkan inisiatif baharu itu, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk dilaksanakan melalui kerjasama dengan […]

Lelaki ditemui mati selepas pintu rumah berkunci dibuka bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga ditemui mati dalam sebuah rumah berkunci di Kingfisher Park 2, Lorong Raja Udang, di sini, tengah hari tadi. Mayat Ho Sui Lo @ Ho Sui Kei, 76, ditemui selepas pintu rumah terbabit dibuka dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas. Ketua BBP Lintas, Penolong Kanan Penguasa […]

RM339.16 juta untuk program SYUKUR tahun ini

TUARAN: Kerajaan Negerimeneruskan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM339.16 juta sebagai salah satu instrumen utama di bawah agenda pembasmian kemiskinan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata bantuan itu distruktur semula pada tahun ini kepada kadar RM200 sebulan sebagai bantuan pelengkap kepada inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi Sumbangan Tunai […]

Christina terima Anugerah Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew menerima penghargaan daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO) dan Institut Jurutera Malaysia (IEM) atas sumbangan beliau sebelum ini. Penghargaan itu merangkumi komitmen dedikasi beliau dan sokongan kewangan yang tidak ternilai sepanjang Christina menerajui kementerian demi mengukuhkan kolaborasi kejuruteraan wilayah. Presiden IEM, […]

Penunggang motosikal maut dirempuh lori selepas keluar simpang

KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Tembilaung, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa lelaki berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan […]

Lelaki ditemukan maut dipercayai terkena pokok ditebang sendiri

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemukan maut di kawasan hutan Kampung Togudon, di sini, pagi tadi, dipercayai selepas terkena pokok yang ditebangnya sendiri ketika menjalankan aktiviti di lokasi berkenaan. Mayat mangsa, Lubin Sianong, 48, ditemui penduduk kampung dalam keadaan tertiarap di atas laluan kebun kira-kira jam 6 pagi sebelum penemuan itu dilaporkan kepada pihak polis. Ketua Polis […]

Penagih di Sabah berkurang tahun lalu

KOTA KINABALU: Sabah menunjukkan pengurangan sebanyak 5.9 peratus jumlah penagih yang dikesan pada 2025 kepada seramai 8,665 orang berbanding 9,607 orang pada 2024. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah turut merekodkan kadar yang terbaik di seluruh negara pada tahun lalu dengan seramai 230 penagih dadah dan penyalahgunaan bahan dikesan. “Ini menunjukkan keberkesanan tindakan […]

Syarikat pengangkutan darat barangan, awam perlu daftar SKDS untuk dapat subsidi diesel

KOTA KINABALU: Syarikat sektor pengangkutan darat barangan dan awam di Sabah, Sarawak dan Labuan digesa mendaftar segera dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata langkah itu perlu bagi memastikan mereka menerima fleet card untuk kenderaan berdaftar bagi membeli diesel pada harga subsidi. Katanya […]

Mayat wanita ditemui terapung di tasik

TAWAU: Mayat seorang wanita dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di sebuah tasik di Jalan Sin Onn, di sini, pagi tadi. Mayat berkenaan ditemui orang awam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa pada jam 9.45 pagi. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba II Jemishin Ujin berkata, sepasukan enam anggota […]