Polis serbu ‘port’ sabung ayam

PENAMPANG: Kegiatan perjudian sabung ayam yang dipercayai dijalankan secara rahsia di sebuah rumah di Kampung Buit Hills, di sini, terbongkar selepas diserbu polis dalam operasi khas, petang semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menyerbu lokasi berkenaan hasil maklumat dan […]
251 atlet muda sertai Kejohanan Karate Antara Sekolah Telupid-Tongod

TELUPID: Sebanyak 251 peserta daripada 49 sekolah membabitkan 11 daerah di Sabah menyertai Kejohanan Karate Antara Sekolah Telupid-Tongod Kali Ke-2 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Dewan DMO, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid. Kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 14 Jun itu menghimpunkan atlet dari Telupid, Tongod, Ranau, Kinabatangan, Kiulu, Tuaran, Kota Belud, Tamparuli, […]
Kempen keselamatan kebakaran perkukuh kesiapsiagaan penduduk Petagas

PUTATAN: Kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran dalam kalangan masyarakat terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Kempen Keselamatan Kebakaran Bomba Komuniti DUN Petagas yang berlangsung di Kampung Petagas, di sini, semalam. Program yang dihadiri kira-kira 150 penduduk kampung itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan […]
Peminat Manchester United berpeluang menang pakej ke Old Trafford

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 10 penyokong bertuah Manchester United berpeluang memenangi pakej lawatan lengkap ke Stadium Old Trafford menerusi cabutan bertuah pada Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia Ke-8 yang akan berlangsung pada 27 Jun ini. Presiden United Malaysia, Batholomew Jingulam, berkata sambutan terhadap acara tahunan terbesar kelab penyokong rasmi Manchester United di negara ini amat […]
Rumah, lapan kenderaan musnah dalam kebakaran

LAHAD DATU: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran yang turut merosakkan enam kereta dan empat motosikal di Kampung Bumiputra Silam, Lorong Usman Duri 3, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, empat kereta dan empat motosikal musnah sepenuhnya, manakala dua lagi kereta mengalami kerosakan akibat bahang kebakaran. Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat. Ketua […]
Dua warga asing ditahan bersama bom ikan

SEMPORNA: Cubaan dua lelaki warga asing meloloskan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa gagal apabila bot yang dinaiki mereka berjaya dipintas dalam operasi khas di perairan Pulau Karindingan, semalam. Lebih membimbangkan, pemeriksaan terhadap bot berkenaan membawa kepada penemuan enam botol yang disyaki mengandungi bom ikan, dipercayai digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan secara haram yang boleh merosakkan […]
Rizab Biosfera Kinabatangan dan Banjaran Crocker penting untuk Sabah

KOTA KINABALU: Pemasyhuran Rizab Biosfera Kinabatangan, yang kedua di Sabah selepas Rizab Biosfera Banjaran Crocker menjadi detik bersejarah dan pencapaian membanggakan bagi Sabah dan Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pengiktirafan oleh UNESCO pada tahun lalu membuktikan landskap Kinabatangan yang meliputi 413,866 hektar memiliki nilai biodiversiti dan kepentingan ekologi yang luar biasa di […]
Juragan terjun laut tinggalkan rokok seludup

LAHAD DATU: Cubaan menyeludup pelbagai barangan dipercayai dari negara jiran gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya memintas sebuah bot mencurigakan dalam operasi di perairan Pantai Merabung, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, juragan bot berkenaan bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke kawasan pantai […]
Mayat lelaki hanyut ditemui selepas operasi SAR hari kedua

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus sungai ketika mandi-manda di Kampung Tambatuon, Jalan Tamparuli – Ranau, di sini, ditemui meninggal dunia pagi tadi. Mangsa, Abner Lasmel, 24, ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi di kawasan sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua. Ketua Balai […]
Kerajaan akui sumbangan wartawan, bekerja tanpa kira waktu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyatakan sokongan berterusan terhadap industri media di Sabah melalui tajaan kewangan untuk penganjuran Kinabalu Press Awards (KPA). Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata sejak 2025, sumbangan tajaan untuk penganjuran KPA meningkat sebanyak RM110,000 berbanding RM100,000 pada 2024. “Peningkatan sumbangan tajaan ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan […]