Kerajaan Sabah komited pastikan perpaduan kekal utuh

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa komited memastikan perpaduan dan keharmonian terus menjadi asas kepada pembangunan Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan pimpinannya sentiasa menyokong semua program berunsur perpaduan yang mempertemukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, agar hubungan antara komuniti terus diperkukuh. “Kita juga mengangkat aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan konsep kesejahteraan, ihsan, […]
Info X pelopor Mobile Journalism di Sabah, mula lakar nama dalam Anugerah Kewartawanan Kinabalu

KOTA KINABALU: Portal berita Info X muncul antara pelopor ‘Mobile Journalism’ (MoJo) di Sabah yang diiktiraf menerusi Anugerah Mobile Jornalism diterima wartawannya sempena Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2026 pada Sabtu. Wartawan Info X, Junaidi Ladjana juga menjadi pengamal media pertama di negeri ini yang menerima anugerah itu berdasarkan liputan langsung dibuatnya sepanjang berkhidmat dengan Info […]
Mandi bersama rakan, lelaki hanyut dibawa arus

KOTA BELUD: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di sungai Kampung Tambatuon, Jalan Tamparuli – Ranau, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Abner Lasmel, 24, dikatakan menjalankan aktiviti riadah bersama beberapa rakannya sebelum dihanyutkan arus sungai yang kuat dan hilang dari pandangan. Ketua Balai […]
PM umum peruntukan RM250,000 untuk sekolah di Sipitang

SIPITANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM250,000 untuk sekolah menengah di daerah ini, sempena lawatan kerjanya, di sini, pada Sabtu. Katanya, walaupun peruntukan itu tidak diminta, beliau mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk menyalurkan segera kepada sekolah di daerah ini. Peruntukan itu, katanya untuk membantu sekolah menambah kemudahan seperti peralatan komputer, […]
Projek Sabah Southern Madani Link pastikan bekalan elektrik lebih stabil untuk pembangunan negeri – KM

SIPITANG: Bekalan elektrik di Sabah disasar lebih stabil dan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi negeri menerusi pelaksanaan Projek Sabah Southern MADANI Link, di sini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata projek infrastruktur penghantaran elektrik itu adalah pelaburan strategik yang akan memberi kesan besar kepada kestabilan dan kemampanan tenaga negeri, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi jangka […]
ESSCOM rampas minyak masak, petrol bernilai lebih RM101,000

SANDAKAN: Sebanyak 2,380 paket minyak masak bersubsidi dan 150 liter petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dirampas dalam serbuan Op Tiris 4.0 di kawasan jeti Sungai Jipon, Jalan Datuk Tay, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 10.30 malam itu, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) turut menahan seorang lelaki yang gagal mengemukakan […]
Objek disyaki bom lama ditemui penyelam, TLDM laksana operasi pemusnahan

KOTA KINABALU: Objek disyaki bahan letupan lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di dasar laut berhampiran Pulau Mamutik, di sini berjaya dimusnahkan menerusi operasi khas yang dilaksanakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semalam. Markas Pemerintahan Armada Timur dalam kenyataan media, hari ini memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama antara Cawangan Selam Markas Pemerintahan Armada […]
Perkhidmatan ‘Bas Pink’ dapat sambutan, 30,000 penumpang direkod sejak April

KOTA KINABALU: Lebih 30,000 penumpang direkod menggunakan perkhidmatan Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (SBST) atau Bas Pink di bandar raya ini sejak pelancarannya pada April lalu. Bekas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Vivian Wong Shir Yee, berkata ia adalah petunjuk positif mengenai penerimaan orang ramai terhadap pengangkutan awam itu. “Sejak pelancaran perkhidmatan pada April […]
Setengah juta benih udang untuk pengusaha kolam udang Kampung Bintuka

BEAUFORT: Sebanyak 500,000 benih udang disediakan kepada enam pengusaha kolam udang seluas kira-kira 50 ekar, di Kampung Bintuka, di sini, sebagai permulaan untuk membantu usaha mereka. Bantuan itu diumumkan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Jamawi Jaafar, ketika lawatan kerjanya ke beberapa aktiviti pertanian dan akuakultur di daerah ini dan Membakut pada Jumaat. […]
Ops Imigresen: 114 warga asing ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 114 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam siri operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta individu yang melanggar syarat imigresen. Operasi yang dilaksanakan menerusi Ops Bersepadu, Ops Sapu, Ops Mahir, Ops Kutip, Ops Belanja dan Ops Jaja itu […]