JBPM Sabah terima 15 kenderaan operasi ringan

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 15 unit Light Operation Vehicle (LOV) pacuan empat roda bagi memperkukuh keupayaan operasi kecemasan di seluruh negeri. Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Lizalman Abu berkata, semua kenderaan berkenaan akan diagihkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh Sabah berdasarkan keperluan operasi. “Kenderaan […]
Tambang penerbangan mahal, pihak berkuasa digesa kaji semula mekanisme penentuan harga

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan menggesa pihak berkuasa yang berkaitan mengambil serius keperluan untuk mengkaji semula mekanisme tambang penerbangan yang ketika ini dilihat membebankan pengguna, khususnya dari Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Loi Kok Liang, berkata langkah itu perlu berikutan kadar tambang semasa, khususnya bagi penerbangan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur dilihat semakin tinggi dan […]
PPM bongkar stor petrol, diesel bersubsidi

KOTA MARUDU: Kegiatan mengumpul petrol dan diesel bersubsidi terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu sebuah premis di Kampung Tangkol, Jalan Marak Parak, di sini, petang semalam. Serbuan kira-kira jam 4 petang di itu dilakukan susulan maklumat dan risikan daripada kes tangkapan serta rampasan bahan api bersubsidi di Pitas sebelum ini. Komander PPM Wilayah 4 […]
Dua lelaki melecur, lori dan forklift terbakar

LAHAD DATU: Dua lelaki melecur selepas sebuah lori 30 tan dan jentera berat terbakar di kawasan kilang pemprosesan culvert di Jalan Kampung Kokos, Batu 5 Segama, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 20 tahun dilaporkan melecur 50 peratus, manakala seorang lagi lelaki berusia 40 tahun turut mengalami kecederaan melecur. Ketua Balai Bomba […]
Sindiket import ayam sejuk beku: SPRM reman 7 individu termasuk 4 penjawat awam

KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk empat penjawat awam direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket mengimport ayam sejuk beku secara tidak sah menerusi sebuah pelabuhan di Sabah. Semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah bagi melepaskan ayam sejuk beku yang diimport tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Ogos ini dikeluarkan […]
MAFFI sokong tindakan SPRM terhadap import ayam sejuk beku tidak sah

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berhubung kegiatan import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, tindakan itu selari dengan arahannya […]
Yusof Apdal ‘berteka-teki’ sebelum membuat kenyataan berkaitan pampasan projek Pan Borneo

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal menimbulkan spekulasi apabila memuat naik hantaran di Facebook mengenai satu kenyataan yang akan dibuatnya pada Selasa. Hantaran berkenaan menimbulkan teka-teki, selain ditafsir sebagai sesuatu yang ‘besar’ bakal diumumkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, khususnya berkaitan politik. “Malam ini, ada sesuatu yang penting […]
Jangan ulang kesilapan Tabung Haji dalam GLC Sabah – Shafie

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu kerajaan negeri mengambil iktibar daripada isu Tabung Haji dan mengelak amalan berhutang untuk membayar hutang dalam menguruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ketua Pembangkang DUN Sabah itu, berkata penstrukturan kewangan tidak seharusnya sekadar memindahkan hutang daripada satu entiti kerajaan kepada entiti lain sehingga punca masalah […]
PPM patahkan cubaan seludup 5,000 liter petrol subsidi ke negara jiran

PITAS: Cubaan menyeludup kira-kira 5,000 liter petrol bersubsidi ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dalam serbuan di tepi sungai Kampung Mapan-Mapan, di sini, tengah malam tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, tiga lelaki berusia antara 36 hingga 39 tahun ditahan ketika dipercayai sedang memindahkan tong berisi […]
Jadikan laporan RCI panduan tambah baik Tabung Haji – Matbali

KOTA KINABALU: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji perlu dijadikan panduan ke arah penambahbaikan institusi berkenaan. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, sehubungan itu berharap semua rekomendasi laporan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan apa yang berlaku sebelum ini tidak berulang lagi. Beliau turut mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana membawa laporan berkenaan untuk […]